Friday, December 25, 2009

Kebakaran di Kampong Bakut Siraja Muda




















Kejadian Kebakaran berlaku di kampong Bakut Siraja Muda disebelah petang - Hasil Gambar yang diambil oleh Hafizzudin Haji Barudin menunjukan jam 03:20 Petang.

Kalapungsu 05.03.2009

Kalapungsu 05.03.2009
Mula-mula ku fikir binatang jenis kala jangking...rupanya Kalapungsu sejenis udang...Terus terang aku baru liat binatang ini..gambar daripada kawan yang buat aku suspen gambar atas lantai tile

Bulan tersenyum 01.12.2008

Bulan tersenyum 01.12.2008
Kejadian ini ku sedari ketika menghadiri doa arwah tahlil di perpindahan Rimba

Bulan berbentuk Wajah tersenyum

Bulan berbentuk Wajah tersenyum
Menurut laporan Media Permata mengatakan dalam akbar Herald kejadian ini berlaku seawal pukul 8 malam waktu hingga 11 malam apabila planet Zuhrah (Venus) dan Musytari (Jupiter) menampakn wajah yang terang seeolah-olah wajah senyum dan sepasang mata bersinar terang. Itulah kebesaran Allah

Kejarangan

Kejarangan
pernahkah awda melihat species tumbuhan ini berbunga? mungkin ada tapi kejarangan

Jarak dekat

Jarak dekat

Yang Peliknya

Yang Peliknya
Bunga ini pelik sikit...petang ia akan mengembang. malam mengeluarkan haruman

matahari dipayungi pelangi diambil pada 11 hb Okt 2008

matahari dipayungi pelangi diambil pada 11 hb Okt 2008

Payung

Payung

Pada 27 Sept 2008, 17:36 dari Pelabuhan Muara

Pada 27 Sept 2008, 17:36 dari Pelabuhan Muara

Pokok Kapayas Tanpa daun berbuah segar

Pokok Kapayas Tanpa daun berbuah segar

dirakam pada 20 Sept 2008 jam 18:37 Sekitar kg Salar

dirakam pada 20 Sept 2008 jam 18:37 Sekitar kg Salar

diambil dari kawasan mahkamah BSB, pada 24 September 2008

diambil dari kawasan mahkamah BSB, pada 24 September 2008

Selepas di highlight mengikut lakaran awan

Selepas di highlight mengikut lakaran awan

Tanda tanda dan penyakitnya

1. MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati.

i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak . Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selsema:a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sebu:a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin:a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iv) Batuk:a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

3. KERONGKONGi) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.ii) Sakit kerongkong : Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

4. BIBIR . Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.i) Bibir pucat:

a. Sistem penghadaman yang lemah.

b. Perut mengandungi angin.

c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

5. MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

6. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

B. KULIT

1. PELUHi) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.ii) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

2. RUAM DAN BISUL: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

3. KULIT GATAL DENGAN RUAM: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

4. KULIT PECAH DAN BERAIR: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

5. RAMBUT GUGUR: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

C. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

1. SENDI SAKITi) Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

2. KEBAS TANGAN. Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN. Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

4. KEBAS KAKI. Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

5. SAKIT TAPAK KAKI. Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

6. SAKIT TUMIT KAKI. Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI. Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI. Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

2. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA . Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

1. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALAMenandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALAi) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.ii) Bahagian bawah (tengkuk) . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

3. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGAMenandakan penyakit migrain.

4. BISUL TERJADI DI KEPALATanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

5. RASA PENING YANG MEMUSINGTanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

B. MULUT/KERONGKONG1. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

2. MUNTAH DARAHi) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong danii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya penyakit ulser.

3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK . Tanda sakit jantung.

4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibatjangkitan kuman

C. KENCING1. KENCING KERAP : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

2. AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

3. AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

4. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.-

5. AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

D. BUANG AIR BESAR

1. CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2. SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.3. NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4. NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang

E. TINDAK BALAS BADAN1. BADAN RASA SAKIT: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran:

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan

.iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

2. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan berlaku.

3. BADAN TERASA PANAS. Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

4. BADAN TERASA RINGAN: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

F. TINDAK BALAS EMOSI

1. RASA TAKUT MENGEJUT: Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

2. DARAH/MARAH: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

3. RASA BIMBANG DAN TAKUT: Sistem paru-paru yang lemah.

4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:

i) Sistem jantung yang lemah.

ii) Sistem saraf otak yang lemah.

iii) Masalah pengaliran darah.

5. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL: Sistem penghadaman yang lemah.

18 Julai 2008 diambil semasa menunggu persembahan bunga api di Taman Jubli

18 Julai 2008 diambil semasa menunggu persembahan bunga api di Taman Jubli

luasnya neraka

zazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?' Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai kebawah bumi yg ke tujuh.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

..............................................................................................................

API NERAKA itu ada TUJUH PINTU, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas) Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail:

'PINTU YANG TERBAWAH untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

PINTU KEDUA tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

PINTU KETIGA tempat orang shobi'in bernama Saqar.

PINTU KEEMPAT tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

PINTU KELIMA orang yahudi bernama Huthomah.

PINTU KEENAM tempat orang nasara bernama Sa'eir.'Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk

PINTU KETUJUH?'Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikatMudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.Dari Abdullah bin 'Amr R.A, , Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

...............................................................................................................
12 BARISAN DI AKHIRAT
Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris"Surah an-Naba':18)Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu Baginda menjawab:"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaanmereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisiAllah Yang Maha Pengasih:"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, makainilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika ituAllah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar."Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus daribadan."Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi darimulut mereka mengalir keluar nanah dan darah."Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata birusementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh."Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta."Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama.Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....

aduhai sakitnya mati


ALLAH merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah. Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Nabi ada bersabda, maksudnya: "Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitu sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, Cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya.Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut, maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.Antaranya:-Sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbihAmalan harian:

1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat fardu
3) Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah Amalan yang perlu dijauhi:

1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba ( tukang hasut)
4) Kencing berdiri
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil."
Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi.Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan meninggalkan ketika itu juga. Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah.Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya ibarat terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup, maka rasa sakit menghadapi maut itu lebih dari 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Secara berhati-hati dan tidak kasar yang telah saya lakukan khusus mencabut nyawa engkau itu, belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."Diriwayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata:"Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati.Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu." Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?"Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)."Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.Berkata Sam bin Nuh: "Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu maka belumlah hilang sakit dari sakaratul maut."Semoga kita dapat amalkan dan sampaikan. InsyaAllah….Sakitnya mati...

TANDA-TANDA KEMATIAN (SELEPAS ASAR)
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARITanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akandicabutnya.

TANDA 7 HARIAdapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARIPada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARIAkan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIRAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnyaakan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatanganmalaika tmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak dan sunat hukumnya.

10 ORANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati:-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman. Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: " Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hambaKu berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. "Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam SurahAl-Haqqah bermaksud : "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamukerjakan pada HARI yang telah LALU itu."* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah )Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237

doa ziarah kubur

"Selamat sejahtera untukmu, wahai penduduk kampung daripada orang-orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusulmu, kami mohon kepada Allah untuk kami dan kamu, agar diberi keselamatan (dari apa yang tidak diingini).".Antara keistimewaan Islam ialah penghormatan yang diberikan kepada manusia, sepanjang hayatnya dan selepas matinya. Islam menganjurkan agar kita berakhlak dengan sebaik-baik akhlak dengan meneladani Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Ini termasuk mengucapkan salam kepada orang-orang yang sudah meninggal dunia. Walaupun secara fizikalnya mereka sudah tiada di atas muka bumi, namun sebenarnya kematian merupakan perjalanan ke alam akhirat..Demikian juga digalakkan menziarahi perkuburan dari masa ke masa untuk mengambil pengajaran & iktibar. Perkara ini tidaklah sepatutnya dilakukan pada waktu-waktu tertentu sahaja (seperti bulan Ramadhan & Syawal) kerana pada hakikatnya roh / arwah mereka masih lagi 'hidup' cuma dalam suasana yang berbeza.

ADAB MENZIARAHI PERKUBURAN
1. Hendaklah mengucapkan salam.
2. Berhati-hati agar tidak memijak kubur, sebabnya adalah haram hukumnya memijak kubur, melainkan apabila terpaksa.
3. Menziarahi dengan perasaan insaf & set in mind setiap kita akan kembali kepada Allah jua suatu ketika nanti.
4. Memakai pakaian yang menutup aurat, bersopan & bersesuaian.
5. Memohon keampunan Allah buat mereka yang telah kembali ke Rahmatullah.
6. Tidak digalakkan membaca sesuatu yang bertulis kerana ditakuti akan menyebabkan ditimpa lupa.
7. Haram memohon pertolongan daripada orang-orang yang telah meninggal dunia.
8. Haram memperindahkan kubur seseorang yang telah meninggal dunia lebih-lebih lagi dengan tujuan berbangga-bangga.
10. Diharuskan menanam tumbuh-tumbuhan di kubur seperti yang dilakukan oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, iaitu meletakkan daun kurma yang masih hijau agar ia dapat mendoakan si mati.
11. Sunat membaca ayat-ayat Al-Qur'an seperti membaca Surah Yaasin & Surah al-Mulk, serta membacakan tahlil (walaupun sesetengah ulama' menghukumkannya bid'ah & haram), dan juga mendoakan kesejahteraan mereka yang telah kembali ke Rahmatullah terutama sekali kedua ibu bapa & kaum kerabat.